Thursday, February 5, 2009

Kembali...

Izinkan Jebat kembali berpencak. Hampir 7 bulan Jebat menghilang, menyendiri, menghalusi, menghayati aspirasi perjuangan. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Jebat yankin dan percaya, pencak Jebat ini, sekadar luahan rasa dan penelitian luar terhadap sesuatu perkara. Prisip, raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah, masih kekal dipegang. Justeru tidak salah andai Jebat menghurai dah meluahkan kebenaran seandainya kebobrokan itu telah terang lagi nyata.
Semangat pencak ini semakin membara bila Jebat melihat peristiwa di negeri Darul Ridzuan. Lucu dan kecewa dengan permainan politik kotor politkus di bumi tercinta ini. Di negeri dimana bermulanya perjanjian Pangkor yang mengakibatkan tanah pertiwi ini tergadai, anak bangsa merempat, mengemis di nusa ini. Bilamana wang dan pangkat menjadi taruhan. Maka maruah dan prinsip mudah digoncang.
Jujur, Jebat merasa jijik melihat permainan politik di bumi Perak. Memang politikus-politikus ini tidak boleh dipercaya. Sudah menjadi lumrah dan adat. Hari ni bergaduh esok lusa bertepuk tampar. Hari ni sebantal, esok lusa berparang tajam. Mungkin hari ini, kerajaan PR tumbang. Jujur, Jebat sedikit kecewa. Bukan sebab tumbang nya PR namun melihat bagaimana kejatuhan dan proses itu berlaku. Lompat parti. Ramai penyokong PR bergembira dan memuji langkah ADUN Bota untuk meninggalkan UMNO 12 hari yang lalu, namun pada hari ini, mereka mengecam kerana ADUN ini kembali kepangkuan UMNO. Tidak cukup dengan itu, ADUN Bebas yang dahulunya menjadi sasaran UMNO/BN kerana kes rasuah seks nya, menjadi cemuhan penyokong UMNO/BN namun kini menjadi orang kesyangan mereka. Lucu-lucu politik ini.
Adakah Jebat terlalu emosi dengan berita ini? Mungkin iya, mungkin juga tidak. Tidak kerana Jebat bukan entiti politik disana dan mungkin emosi kerana Jebat tergolong dalam golongan yang menentang kezaliman dan penindasan. Andai memang ditakdirkan bahawa Perak kepunyaan UMNO/BN, maka terimalah. Moga kerajaan baru ini kana lebih baik, namun seandainya, perubahan kuasa ini, melalui satu proses penipuan, rasuah dan sogokan wang., maka Jebat mohon agar sesuatu dilakukan.